Hubungan dengan rumpun bahasa lain Bahasa-bahasa_Austroasia

Ada beberapa pakar[nyatakan menurut siapa?] yang menggolongkan rumpun bahasa Austroasia dengan rumpun bahasa Austronesia dan menamakannya rumpun bahasa besar atau superfamili Austrik. Mereka berpendapat bahawa semua bahasa di China bahagian selatan sebenarnya berhubungan iaitu rumpun bahasa Austroasia, bahasa Austronesia, bahasa Tai-Kadai dan bahasa Hmong-Mien (juga disebut Miao-Yao). Secara skematik, rumpun bahasa Austrik secara kesimpulannya adalah seperti berikut:

  • Austrik
    • Austronesia
    • Tai-Kadai
    • Hmong-Mien
    • Austroasia

Para penutur keempat-empat rumpun bahasa yang diagak berhubungan ini menetap di daerah yang sekarang termasuk Republik Rakyat China bahagian selatan sehingga lebih kurang pada tahun 2000 SM1000 SM. Ketika itu, bangsa Cina, yang merupakan penutur bahasa Sino-Tibet, dari RRC utara menyerbu ke selatan dan para penutur bahasa Austrik tercerai-berai. Hal ini yang dijangkakan sebagai alasan mengapa kaum Tai-Kadai berpindah ke selatan dan para penutur bahasa Austroasia tercerai-berai.

Tambahan pula, ahli linguistik mempunyai hujah lain iaitu kewujudan perkataan dasar yang mirip yang mana bahasa Austronesia menyimpan kedua-dua suku kata sedangkan bahasa Austroasia menyimpan suku kata pertama dan bahasa Tai-Kadai menyimpan suku kata kedua.

Contoh:Proto-Austronesia / Proto-Mon-Kmer (Austroasia) / Proto Thai (Tai-Kadai)

  • mata ‘mata’ / *măt ‘mata / *taa ‘mata’